A
1. Ada-ada saja
Maksud : Selalu ada saja yang dilakukan atau dikatakan
2. Ada hati
Maksud : ada keinginan yang melebihi kesanggupan
Contoh ayat: Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.
3. Air Muka
Maksud : 1. rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan;
2. maruah
Air muka yang bermaksud maruah sama maksudnya dengan harga diri
4.Ajak-ajak ayam
Maksud: tidak bersungguh-sungguh mempelawa.
5.Akal belut
Maksud: tipu muslihat yang sangat licin.
6.Akal budi
Maksud: Fikiran yang sihat.
7.Akal kancil
Maksud: Tipu daya yang sangat licin.
8.Akal melintang
Maksud: Akal atau buah fikiran yang datang tiba-tiba.
9.Alang kepalang
Maksud: Sedikit;tidak mencukupi.
10.Alas perut
Maksud : Makan sedikit untuk sementara waktu.
11.Alim-alim kucing
Maksud: Seorang yang berpura-pura baik dari segi tingkah laku dan peraturan.
12.Anak angkat
Maksud: Anak orang lain di pelihara seperti anak sendiri.
13.Anak bongsu
Maksud: Anak yang paling muda dalam keluarga.
14.Anak buah
Maksud: 1.orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga.
2. pengikut
3.rakyat.
15.Anak dagang
Maksud : Orang yang merantau ke tempat lain
16.Anak emas
Maksud: Orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
17.Anak kandung
Maksud : Anak sendiri
18.Angkat bakul
Maksud; Orang yang suka memuji atau meninggikan diri.
19.Angkat kaki
Maksud: 1. Melarikan diri.
2. Meninggalkan sesuatu tempat dengan segera.
20.Apa akal
Maksud: Apa yang patut di buat.
21.Asam garang
Maksud : Pengalaman hidup
22.Atas angin
Maksud: Negara-negara Barat.
23.Atas pagar
Maksud: seseorang yang berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bertelingkah.
24.Ayam pemikat
Maksud: orang yang dijadikan umpan untuk melaksanakan impian orang lain.
25.Ayam tambatan
Maksud: orang harapan dalam pertandingan atau perlawanan.
B
1.Baik hatiMaksud: suka menolong;mudah simpati;pengasih .
2.Bangkai bernyawa
Maksud: seorang yang tidak berguna langsung .
3.Banyak mulut
Maksud: orang yang suka bercakap.
4.Barang kemas
Maksud :barang-barang perhiasan perempuan yang dibuat daripada emas atau intan berlian.
5.Batu api
Maksud : penghasut
6.Batu loncatan
Maksud: sesuatu yang digunakan untuk mencapai tujuan.
7.Bau-bau bacang
Maksud:pertalian keluarga yang sangat sudah jauh
8.Bekas tangan
Maksud: hasil kerja tangan seseorang.
9.Beralih akal
Maksud: berubah fikiran atau akal.
10.Beralih angin
Maksud: 1.bertukar tempat.
2.ke suatu tempat untuk berehat.
11.Berat hati
Maksud: 1.enggan
2.malas
12.Berat mulut
Maksud: pendiam
13.Berbelah bagi
Maksud: 1.tidak tetap pendirian
2.sukar untuk membuat keputusan.
14.Bergadai nyawa
Maksud: sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu.
15.Berhati batu
Maksud: 1.bersifat degil
2.tidak berkasih sayang
16.Berhati jiwa
Maksud: tidak mudah kecewa.
17.Berhutang budi
Maksud: patut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan.
18.Berjiwa besar
Maksud: bercita-cita tinggi dab berusaha mencapai cita-cita tersebut.
19.Berjiwa hamba
Maksud; orang yang tidak yakin pada kemahuan; tidak bercita-cita tinggi.
20.Berkaki ayam
Maksud: tidak berkasut.
21.Bermuka dua
Maksud: tidak jujur;belot
22.Berpeluk tubuh
Maksud: malas bekerja atau berusaha.
23.Bersengkang mata
Maksud: melakukan sesuatu kerja hingga tidak tidur.
24.Bertikam lidah
Maksud: 1.bertengkar;2.berdebat.
25.Besar hati: 1.bangga
2.gembira
26.Besar kepala
Maksud: 1. degil
2. sombong
27.Bidan terjun
Maksud: seseorang yang di panggil secara mendadak bagi mengantikan tempat atau tugas orang lain.
28.Bongkok sabut
Maksud; bongkot yang sedikit sahaja.
29.Bongkok udang
Maksud: bongkok yang teruk.
30.Buah hati
Maksud: kekasih;orang yang dicintai.
31.Buah mulut
Maksud: perkara yang menjadi sebut-sebutan orang.
32.Buah tangan
Maksud: pemberian
33.Bulat hati
Maksud: 1.ikhlas
2.tetap hati dan sungguh-sungguh.
34.Bulat kata
Maksud: sepakat;sehati
35 .Buruk siku
Maksud:meminta kembali apa-apa yang telah diberikan.
36.Buta hati
Maksud: 1.tidak dapat menerima balasan pengajaran orang;
2.tidak berasa kasihan
37.Buta huruf
Maksud; tidak tahu membaca dan menulis.
38.Buta perut
Maksud: 1.tidak bertimbang rasa atau tidak menggunakan akal fikiran;2.seseorang yang makan semua jenis
makanan
C
39.cahaya matamaksud: anak
40.Cakar ayam
Maksud: tulisan tangan yang amat buruk.
41.Campur tangan
Maksud: turut serta dalam urusan orang lain.
42.Cepat tangan
Maksud: suka mencuri.
43.Cuci tangan
Maksud: tidak mahu campur tangan atau melepaskan diri daripada sesuatu persoalan.
44.Curi tulang
Maksud: tidak bekerja dengan betul jika tidak diawasi atau diperhatikan .
D
45.Dalam tanganMaksud: pasti diperoleh
46.Dapat terpijak
Maksud: memperolehi sesuatu dengan mudah atau tidak perlu berusaha.
47.Darah daging
Maksud: anak kangdung
48.Darah gemuruh
Maksud: mudah gugup atau hilang pertimbangan
49.Darah muda
Maksud: semangat atau perasaan orang muda.
50.Daya fikir
Maksud: kekuatan berfikir
51.Delima merkah
Maksud: bentuk dan warna bibir yang elok.
52.Durian runtuh
Maksud: mendapat keuntungan tidak disangka-sangka atau tanpa bersusah payah.
G
53.Gaji buta
Maksud:gaji yang diterima dengan tidak bekerja sunguh-sunguh .
54.Ganti tikar
Maksud: mengahwini adik atau kakak kepada isteri atau saudara suami sebelah isteri atau suami yang meniggal dunia.
55.Gelap hati
Maksud; sukar mengikuti pelajaran.
56.Geli hati
Maksud: rasa hendak ketawa.
57.Gila bahasa
Maksud: kurang waras fikirannya.
58.Goyang kaki
Maksud: bersenang-senang tanpa perlu bekerja.
0 comments:
Post a Comment